6 Tips Untuk Membantu Para Katerer Semasa Covid-19

Seperti sedia maklum, sekarang adalah waktu yang sukar dan menguji semua. Namun, terdapat beberapa tips untuk pengusaha kedai makan dan juga katering bagi yang menyediakan khidmat ‘delivery’ buat pelanggan.

1). Sediakan kaedah bayaran tanpa sentuh (contactless)

E-payment Untuk membantu mengelakkan kadar penularan wabak covid-19, orang ramai dan pemandu digalakkan untuk mengurangkan berinteraksi secara social, penghantaran tanpa sentuhan. Boleh dilaraskan dengan kesuaian pelanggan” Sebagai contoh: • Lokasi: Tetapkan lokasi penghantaran yang telah dipersetujui Bersama • Masa: Memaklumkan kepada pelanggan anggaran masa penghantaran anda • Bayaraan dan resit: Sebahagian barangan perlu mendapatkan tandatangan pelanggan dan harus berjumpa secara fizikal namun tidak menjadi masalah sebagai contoh, memberi pesanan kepada pelanggan untuk menggunakan pen sendiri dan memakai sarung tangan.

2). Memperluaskan zon penghantaran anda.

Sebilangan besar bandar mempunyai lalu lintas yang kurang kerana jarak sosial, jadi sebagai pengusaha katering dan restoran anda mungkin boleh meluaskan zon perjalanan berbanding penghantaran sebelum ini. Luaskan radius penghantaran anda secara beransur-ansur untuk melihat apakah ada permintaan yang meningkat.

3). ‘Upgrade’ menu anda.

Untuk mengelakkan menu anda menjadi ‘cliché’, anda haruslah mengubah-suai menu sedia ada. Sebagai contoh, membuat sedikit ‘survey’ untuk mengenal pasti menu-menu yang susah untuk dibekalkan untuk pelanggan. Dengan cara ini mampu menaikkan jualan anda.

4). Rendahkan minimum caj pada jumlah pesanan.

Seperti kita tahu, setiap pengusaha katering dan restoran makan menetapkan minimum caj kepada pelanggan. Namun, dengan waktu sulit seperti ini, pengusaha katering dan restoran haruslah mengubah tetapan untuk pesanan. Sebagai contoh, sebelum ini minimum tempahan adalah 100 orang boleh dikurangkan kepada 50 orang. Hal ini mampu membaik pulih ekonomi syarikat anda.

5). Kirimkan penghargaan melalui bungkusan penghantaran.

Kirimkan penghargaan melalui bungkusan kepada pelanggan. Namun sekiranya perubahan secara keseluruhan memakan modal yang besar dan tidak relevan pengusaha juga boleh membuat perubahan secara minimal dan ringkas. Sebagai contoh kirimkan kupon RM20 diskaun dengan pembelian melebihi RM150. Atau bekalkan pelanggan dengan bekas ‘reusable’ yang menarik.

6). Beritahu kepada pelanggan, anda hantar kepada mereka.

Delivery Sebalik kejadian covid-19 yang menular sukar untuk pelanggan mengetahui pengusaha katering dan restoran yang mana masih mampu membekalkan hidangan. Oleh itu, media sosial hendaklah di gunakan sebaik mungkin untuk menunjukkan anda sedia untuk membekalkan mereka dengan menu yang menarik.

There has been an error loading the meal. Please try again or contact us